Kedudukan istimewa Kawasan_Pentadbiran_Khas_Republik_Rakyat_China

Setiap satu daripada dua KRK iaitu Hong Kong dan Makau (yang masing-masing ditubuhkan pada tahun 1997 dan 1999) mempunyai satu undang-undang asas yang memberikan kawasan tersebut dengan tahap autonomi yang banyak, sistem politik yang berasingan dan ekonomi kapitalis di bawah prinsip "satu negara, dua sistem" yang dicadangkan oleh Deng Xiaoping. Kedua-dua wilayah itu merupakan konsesi pragmatik kepada kenyataan bahawa kawasan-kawasan tersebut merupakan bekas wilayah perjanjian di bawah pajakan jangka masa panjang, secara praktikya bekas jajahan kuasa Imperialisme Eropah yang pernah ditadbir di bawah undang-undang penjajah barat ketika tempoh pajakan tersebut. Apabila pegangan pajak jangka panjang Great Britain dan Portugal kian menghampiri kelupusan, warga tempatan jajahan tersebut agak keberatan untuk menggugurkan undang-undang barat, maka para pegawai China bersetuju untuk mengekalkan kebanyakan undang-undang tempatan yang sedia ada, agar kuasa-kuasa asing tersebut melepaskan kawalan masing-masing tanpa was-was.

Tahap autonomi tinggi

Kini, kedua-dua KRK iaitu Hong Kong dan Makau bertanggungjawab terhadap segala isu kecuali tindakan negara seperti hubungan diplomatik dan pertahanan negara: kesannya, kawasan tersebut mempunyai sistem kehakiman dan mahkamah rayuan tersendiri, serta perundangan, dasar imigrasi, matawang dan proses ekstradisi sendiri. Sistem perundangan yang sedia ada, iaitu undang-undang adat di Hong Kong dan undang-undang Portugal di Macau dikekalkan kecuali yang membawa kesan kepada penubuhan mahkamah rayuan.

Imigrasi dan kewarganegaraan

Setiap KRK mengeluarkan pasport dengan sendirinya, hanyak kepada penduduk tetap yang juga merupakan warga Republik Rakyat China, iaitu, warga Republik yang memuaskan mana-mana daripada syarat berikut:

  • lahir di dalam KRK;
  • lahir di mana-mana kepada mana-mana induk yang merupakan penduduk tetap KRK;
  • menetap secara berterusan dalam KRK selama tujuh tahun atau lebih.

Selain menawarkan perlindungan konsular oleh Republik Rakyat China kepada pemegang, pasport ini juga menyatakan bahawa pemegangnya mempunyai hak untuk berumah di KRK pengeluar pasport tersebut.

Kongres Rakyat Negara juga menugaskan setiap SAR untuk mentadbirkan Undang-undang Kewarganegaraan China dalam wilayah masing-masing, iaitu naturalisasi, pelepasan dan pemulihan kerakyatan Republik rakyat China dan pengeluaran bukti kerakyatan.